Hanya gelap gelita
Tapi bagi aku
Itu juga indah
Kerana aku sudah biasa.
Tapi tiada lagi burung-burung, pelangi-pelangi, dan gunung-gunung
Benar-benar tiada sudah cerita yang bisa buat aku bernyanyi.
Hari ini tiada warna warna indah
Kerana langit hitam sudah mengambil alih kuasa
Angin perubahan bertiup kencang
Membawa pergi semua sisa kebahagiaan
Harapan hanya tinggal harapan
Hanya menjadi alasan untuk menanti kedatangan esok hari.
Di saat kita menanti Paduka Maha membawa perkhabaran berita
Yang tiba hanya segenggam janji palsu yang hanya menambah luka yang masih berdarah.
Hari ini tiada warna warna indah
Yang ada cuma gelak tawa sang durjana
Walau pun hari ini tada warna warna indah
Namun aku masih ingin bahagia.
credit to: Mr. Minda Kronik bin Durhaka
No comments:
Post a Comment